"Single seat takde ke bang?" Soalku kepada penjual tiket di kaunter. Lelaki yang kelihatan sebaya denganku itu sengaja aku panggil abang kerana sudah terbiasa. Lagipun mana tahu dia sebenarnya memang lebih tua dari aku?
Dia kelihatan memeriksa semula satu persatu bas yang akan ke Kota Bharu dalam waktu terdekat seperti yang aku minta.